Program & Latihan Keusahawanan
3 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 & 2 Mac 2019, Pusat Internet (PI) Felda Perasu telah mengadakan Program & Latihan Keusahawanan yang bertempat di PI Felda Perasu. Aktiviti ini bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang selama 2 hari berturut-turut dan telah disertai oleh 9 orang peserta. Para peserta yang terlibat adalah dikalangan usahawan “online” Felda Perasu. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta teknik penggunaan internet untuk memasarkan dan mempromosikan barangan, perkhidmatan dan makanan yang dijual oleh mereka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cara-cara mengurus tadbir kunci kira-kira, panduan membangun blog, membuat poster pengiklanan dan membina akaun penjualan melalui Shopee.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Pendedahan mengenai kunci kira-kira
• Meningkatkan ilmu ICT kepada peserta.
• Memberi pendedahan mengenai medium pemasaran atas talian.
• Memberi panduan membuat poster pengiklanan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Menbuat akaun kunci kira-kira (Microsoft Excel)
• Membina laman blog peserta
• Mendaftar dengan laman Shopee sebagai penjual
• Membuat poster pengiklanan (Posterwall)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: